ALAT PERHIASAN DIRI

SEJARAH KRAF TRADISIONAL


Amalan menghias diri telah bermula sejak zaman primitif. Masyarakat pada zaman itu menggunakan pelbagai warna untuk mewarnai tubuh badan mereka sebagai  hiasan  diri.  

Apabila  manusia bertamadun,  rekaan  pelbagai  alat  perhiasan diri  mula  dicipta dengan  menngunakan  pelbagai  bahan-bahan seperti  emas,  perak  dan batu permata. Dengan penemuan perhiasan dan wang emas di Lembah Bujang, Kedah,  membuktikan  bahawa  orang-orang  Melayu  telah  menggunakan  alat perhiasan diri sejak abad tujuh masehi (7 M) lagi.

Pada zaman kegemilangan Raja-Raja Melayu pembuatan barangan kemas adalah untuk memenuhi keperluan dan kegunaan keluarga di raja. Oleh yang demikian, penghasilan  barangan  kemas  pada  zaman  dahulu  adalah  di  bawah  naungan istana. Antaranya ialah hiasan kepala, telinga, leher, tangan dan kaki serta hiasan di kepala.



INFO MENGENAI ALAT PERHIASAN DIRI


'Perhiasan' merujuk kepada suatu benda yang digunakan untuk mencantikkan dan menghias diri kepada si pemakai tidak kira kepada lelaki atau perempuan. Barangan perhiasan diri ini kebanyakannya diperbuat daripada emas atau perak kerana ianya disukai ramai dan bernilai tinggi. Ada juga diperbuat daripada tembaga, mutiara, manik, kulit siput dan lain - lain. Contoh barang perhiasan bagi kaum lelaki seperti jam, tengkolok, tongkat, butang baju melayu, cincin dan lain - lain. Bagi wanita pula seperti gelang, cincin, anting - anting, rantai, cucuk sanggul dan sebagainya.

Kebanyakan barang perhiasan diri ini dipakai oleh wanita untuk menghadiri majlis yang tertentu seperti majlis perkahwinan. Mereka menghiaskan diri bertujuan untuk menampakkan kekemasan diri dan menceriakan perwatakan diri.


CUCUK SANGGUL - Diperbuat daripada buluh, tembaga, perak dan emas. Cucuk sanggul dihiasi dengan batu - batu permata dengan pelbagai warna.Kebanyakan wanita melayu zaman dahulu menyimpan rambut panjang dan membuat sanggul. Ianya berfungsi sebagai hiasan untuk menambahkan seri kepada si pemakai dan juga digunakan untuk menahan sanggul supaya tidak tercabut.


ANTING - ANTING - Diperbuat daripada emas dan suasa yang dibuat dengan teliti dan halus. Ianya dipakai oleh pengantin wanita dan juga untuk ke majlis yang tertentu. Biasanya anting - anting berbentuk labuh dan berjurai.



DOKOH - Diperbuat daripada timah, tembaga atau logam. Ia terkenal dalam kalangan penduduk di Timur Semenanjung Malaysia. Dokoh ini selalu digayakan dengan pemakaian baju kebaya. Selalunya dokoh mempunyai tiga tingkat dan ianya bercirikan alam semulajadi seperti bentuk daun dan disusun secara bertingkat pada seutas rantai.


GELANG TANGAN
- Diperbuat daripada emas atau perak. Terdapat gelang yang berukiran timbul bermotif flora dan bentuk geometri dan dihiasi dengan permata mengikut citarasa pemakai.Terdapat gelang yang dibuat lohong di dalamnya dan ada juga yang padu.Gelang yang berbentuk rantai dinamakan rantai tangan dan dipakai pada pergelangan tangan.


DIMENSI BARU KRAF

1. CUCUK SANGGUL


BAHAN - BAHAN MEMBUAT CUCUK SANGGUL :
1. Cekak kosong
2. dawai hiasan
3. daun emas


PROSES :
1. Sediakan bahan - bahan untuk membuat cucuk sanggul
2. Balutkan seluruh cekak kosong itu dengan dawai hiasan
3. Kemudian lilitkan daun emas di cekak itu sehingga ia dipenuhi dengan daun emas.

VIDEO :









2. DOKOH


BAHAN - BAHAN MEMBUAT DOKOH:
1. Pinggan kertas
2. Manik
3. Tali
4. Water colour
5. Soletep
6. Gunting


PROSES:
1. Gunting pinggan kertas menjadi 2 bahagian
2. Warnakan pinggan kertas menggunakan water colour
3. Tampalkan manik ke atas pinggan kertas
4. Akhir sekali cantumkan dan lekatkan tali kepada kedua- dua pinggan itu.


VIDEO :








3. ANTING - ANTING


BAHAN - BAHAN MEMBUAT ANTING-ANTING:
1. Penutup botol
2. Pisau
3. Manik
4. Gam tembak
5. Benang
6. Gunting


PROSES:
1. Potong separuh sahaja bahagian tepi penutup botol sehingga ia boleh dibuka dan dan potong bahagian yang ditinggalkan.
2. Gamkan manik di seluruh bahagian tengah tutup botol.
3. Kemudian, potong benang sehingga ia menjadi satu hiasan yang bulat dan gamkan manik diatasnya.
4. Untuk membuat lubang di penutup botol, panaskan satu jarum agar ia dapat tembus di penutup botol.
5. Akhir sekali, pasangkan cangkuk untuk diletakkan di telinga.


VIDEO :














Comments